1001 Khasiat Kunyit
Pokok
kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya mempunyai peranan
tersendiri. Daunnya membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi
buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi
masyarakat India, kunyit dijadikan bahan utama untuk rempah kari dan piccalilli
(acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga
menjadi sebahagian perubatan tradisional.
Bagi
masyarakat Melayu kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas
bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala
masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah,
menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit
digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
Beberapa
kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman
dan mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan
minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh
digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga
boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan
pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau
kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk
merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam
- Agen antiseptik dan antibakeria semulajadi yang sangat berguna dalam pembasian luka serta kesan terbakar.
-
Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia terbukti dapat mencegah
kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia
ada.
- Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru.
- Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak.
- Dapat menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheumer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.
- Boleh mencegah daripada berlaku pelbagai bentuk kanser yang berbeza jenisnya.
- Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.
- Boleh membantu dalam metabolisma lemak dan membantu dalam penurunan berat badan.
-
Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk
kemurungan kerana ciri-ciri anti-radang, ia adalah satu rawatan
semulajadi untuk artritis dan artritis reumatoid.
- Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel serta mengurangkan kesan sampingan.
- Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas.
- Menghentikan pertumbuhan saluran darah beku di dalam tumor barah.
- Sangat pantas dalam penyembuhan luka-luka serta membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.
- Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain-lain keadaan kulit radang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar